Malam itu indah kerana suasana sunyi sepi tiada pencemaran bunyi....
Suasana gelap tiada cahaya hanya bintang yang menyinari suasana...
Rumah-rumah disinari cahaya lampu. Namun ada juga kediaman yang ditemani cahaya lilin.
Pelbagai jenis cahaya menemani.
Jangan kau risau. Jika salah satu itu terpadam...ada satu cahaya yang tidak akan pernah padam...iaitu cahaya dari langit, bintang itu sentiasa menemani mu.
Tidak kira sedih duka atau gembira bahagia....bintang itu akan tetap menemani mu
Jika berjalan di tengah malam tiada cahaya bersama mu jangan kau bimbang mendongaklah keatas melihat awan yang dipenuhi cahaya bintang.
Jika sesat berjalan di tengah malam tidak jumpa jalan pulang
Jangan kau risau....ikutlah naruri hati mu...pasti kamu akan jumpa kalan pulang mu
Jika tidak mahu menempuh malam, pejamlah matamu maka malam itu akan berlalu dengan pantas.
Jika mahu malam sentiasa bersama mu.. Temanilah bintang di langit. Tetapi jangan engkau berduka jika malam itu meninggalkan mu pergi jauh. Itu kerana ciptaan tuhan dimana ada siang dan malam.
MALAM ITU INDAH
. . . . . . . . . .