Tuesday, April 19, 2016

zaman ramaja usia ramaja

Zaman remaja usia ramaja hanya berlaku sekali dalam hidup setiap manusia. Namun kenapa dan mengapa manusia begitu kejam membiarkan ia berlaku begitu sahaja..tanpa mengisi apa-apa,tanpa mempelajari sesuatu dari zaman itu. Kerana itulah satu-satunya zaman untuk membentuk diri,mengenal erti kehidupan yang sebenarnya, menyedari bahawa hidup ini tidak semudah yang dibayangkan.
Adakala duka datang tanpa diduga...adakala suka datang menerpa..............
Di usia remaja harus dipupuk,harus diberi nasihat dan dorongan agar tidak tersadai di tengah perjalanan hidupnya. Mereka tidak menyedari bahawa perjalanan hidup meraka masih jauh dan panjang yang dipenuhi onak dan duri........

Akan tetapi ada sebahagian dari meraka sudah menyedari dan sudah mula membina jati diri, sudah mula mengatur dan menyusun langkah perjalanan hidup. Ada juga yang membina 'kubu pertahanan' agar tidak mudah terpengaruh. Di sinilah iman mula menampakkan diri. Iman sedang menguatkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup. Dari situlah  kekuatan mula bertumbuh dan membiak ke suluruh badan supaya menjadi insan yang kuat mengharungi segala halangan hidup..... Ayuh mantapkan iman,teguhkan kekuatan dan pertahankan kubu pertahanan sehingga selama-lamanya!!! 

apa guna itu semua?

apa guna perkataan dalam MYKAD kalau tuan empunya badan tiada iman

apa guna pakai tudung labuh kalau solat tak cukup 5 waktu

apa guna berkata-kata tentang orang lain sedangkan diri sendiri terumbang-ambing

itu semua tiada guna. manusia di akhir zaman sudah hilang imannya,sudah hilang budi bahasanya,sudah hilang kehormatannya...

Wednesday, April 6, 2016

indahnya mimpi




Kadang kala hidup tidak begitu indah seperti yang kita impikan,
Ada kalanya sedih dan duka datang tanpa diduga,
Ada kalanya gembira dan bahagia datang tanpa dijangka,
Ada kalanya juga sedih,duka,gembira dan bahagia datang dalam waktu yang sama,
Semua itu tidak dapat ku jangka bilakan waktunya tiba,
Namun apa yang aku mampu hanyalah melewati saat-saat itu,
Namun juga kadang kala aku tidak sempat melewati saat itu,
kerana hidup ini tidak seindah mimpi.